Followers


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 9, 2013

cinta remaja

Buku-buku yang baru sahaja dibeli bersama-sama mamanya untuk persediaan persekolahan yang akan bermula keesokan harinya , dibelek dengan penuh teliti.
“fuhh ! esok dah kena sekolah. Agak-agak macam mana ye nanti ? “ gadis berkulit sawo matang itu bermonolog. Dia bangun dari atas katil dan pergi menyeterika seragam barunya. Sekilas dia memandang buku-buku yang telah siap disusun atur ke dalam beg sekolah yang baru dibeli seminggu lepas.
“sayang !! dah kemas buku ke belum ? esok dah kena ke sekolah” teriak mamanya dari dapur.
“tengah siap-siap lah nie mama !!” jawapnya sedikit teriak
Gadis itu dapat merasakan yang dia sudah tidak sabar untuk melangkah ke alam sekolah menengah. Secara automatik dia akan melangkah ke alam remaja ? ye dunia remaja. Dunia remaja yang penuh dengan liku-liku kehidupan. Entah dapat dihadapi ataupun tidak. ‘Kalaulah aku dapat putarkan kembali masa, akan aku putarkan ia’ hatinya bermain kata.
Dengan penuh tertib, satu persatu langkah dicipta. Roha yang tidak tahu arah yang ingin dituju,hanya mampu terus berjalan. Dia terasa bangga dan bertuah kerana dapat menjejak kan kaki di sekolah premier seperti mana yang sedang dia jejaki kini. Lagi-lagi dia diberitahu bahawa dia ditempatkan di kelas yang terdiri daripada pelajar-pelajar cemerlang UPSR. Apa yang dia harapkan sekarang, dia akn berjumpa dengan kawan-kawan lamanya. Rindu sangat dah. Sudah 2 bulan tidak ketemu.
“hye !! korang dapat belajar disini jugak ?? yeeayhh !! barulah syok. Korang tahu,aku rindu sangat dengan korang.” Roha menyergah sebaik sahaja ternampak kawan-kawan nya. Tiga pasang mata tertumpu di wajah cantik Roha.
“kau nie kan tak pernah berubah tau !! Dari dulu sampai dah naik tingkatan satu,suka buat kitaorang terkejut. Kecut jantung aku tau. Cubalah bagi assalammualaikum ke. Bukan nye susah.” Rungut Salina
“tah. Betul tuh. Tak pernah berubah. Cuba jaga kelakuan tuh sedikit, lasak sangat.” Erin mengakui kata-kata Salina. Roha hanya tersenyum sinis.
“aku nak buat cam mana. Dah semulajadi aku begini. Yang aku tahu,aku adalah aku. Dan takkan pernah berubah.”
“eh ! cop ! kau jangan cakap cam tuh. Mana tahu kau leyh berubah, dan kau berubah …….. kerana lelaki” Suraya pula bersuara. Mata Roha membulat.
“opsss !! cop !! tadi kita ada buak topic pasal lelaki ke ?? tak ada kan ?? so why tetiba je cakap pasal lelaki ??” Roha bingung. Salina membuka mulut tuk membuat ulasan,tapi ..
*kkrrriinggggggg !!! loceng berbunyi*
Hari-hari terus berlalu tanpa terasa. Roha berasa seronok dan selesa disekolah itu. Sudah empat bulan dia menuntut disekolah itu, dia mendapat kawan-kawan yang baik dan peramah. Guru-guru yang mengajarnya jugak terdiri dari golongan yang berpelajaran tinggi dan sudah berpengalaman mengajar selama bertahun-tahun. Ada jugak yang sudah mula mengajar sejak 20 tahun dulu. Hebat sungguh !!
Tetapi yang menghairankan nya adalah golongan cikgu lelaki disekolah itu. Setahu dia guru yang mengajar di sesi petang seramai 50 orang tapi guru lelaki hanya 2% dari itu,lebih kurang 10 orang sahaja. Pernah jugak dia membaca satu artikel,salah satu tanda kiamat adalah kepupusan lelaki diakhir zaman. Jadi bermakna …
“eishh .. aku nie .. merepek sahaja. Doakan sahaja benda itu tak terjadi.”
“alorh !! romantiknya dieorang. Siapa ha tuh ?? Berani seyh dating depan ramai orang,dah lah sama cantik sama padan.” Suraya bersuara. Dua pasang kaki tuh berhenti di tepi kaki lima. Pelajar-pelajar lain yang sedang berjalan di belakang mereka terkejut dengan hentian mendadak Roha dan Suraya. Roha menyorotkan mata kearah pasangan yang dikatakan tadi tanpa menghiraukan mereka yang sedang menghadiahkan makian kepadanya.
“La .. Su .. selama kita sekolah disini,akan kau tak perasan dieorang?? Hari-hari dieorang dating kat tepi dewan terbuka tuh. Kau tahu tak siapa ??” Roha bersuara sambil mengunyah roti. Masih tersisa setengah jam lagi sebelum loceng tamat rehat berbunyi. Perkara ini telah membuatkan perut Roha berlagu riang. Meskipun kelakuan dia agak tidak beradab,dia masih meneruskan kunyahan.
“siapa ?? aku baru perasan dieorang kot.” Walaupon hanya pertanyaan ringkas tapi Suraya mengharapkan jawapan dari Roha.
“yang hensem tuh Azuan,perempuan yang berkaca mata depan dia tuh Faeqa. Dieorang tuh hot couple sekolah nie tau.” terang Roha sambil menuding jari pada pasangan tersebut.
“mentang-mentang laki tuh hensem,tau je kau nama dia ye.” sindir Suraya
“mana ada !! arituh aku de jalan bertentangan dengan dia,aku tengok lah tag namanya.” Jelas Roha
“ouhh ya !! kau cakap jelah yang dia tuh hensem kan ??” dengan pantas Roha mencubit paha Suraya. Mereka ketawa girang.
ROHA memerhatikan kawan-kawan sekelasnya. Ada yang menyiapkan kerja sekolah,ada jugak yang sedang menyanyi,ada yang sedang berkumpul dan bermain ‘bingo’. Nama sahaja kelas pandai,tapi tiada gaya langsung.
“hoiii !! kawan-kawan,cikgu Najihah tak masuk kelas arinie. Dia tak sihat tapi dia ada pesan suruh siapkan kerja yang dia bagi.” jerit ketua tingkatan,Mikail. Senyum nya meleret tiada penghujung.
“hhooreeyyy !! cikgu tak masuk. Apa lagi,kita enjoy !!” teriak seorang pelajar. Bagi Roha,itu sudah menjadi lumrah sejak enam bulan belajar bersama mereka. Setiap kali cikgu yang sepatutnya mengajar tidak msuk ke kelas atas sebab-sebab tertentu,pasti mereka akan bersorak riang.
Roha yang duduk ditepi tingkap hanya mendiamkan diri. Dia memandang keluar tingkap. Memerhatikan pelajar tingkatan dua keluar rehat. Tingkap yang sudah tiada cerminnya membolehkan Roha melihat dengan jelas permandangan bangunan bertentangan dimana pelajar tingkatan 2 ditempatkan. Tiba-tiba seakan tidak percaya. Ada seorang lelaki melambai kearah dia. Roha aneh. Dia melihat kawan-kwan dihadapan dan dibelakangnya. Pelik. Semua sedang membuat kerja masing-masing.
“rasanya aku kenal siapa dia ?? erm Azuan ??” otak nya sedang ligat berfikir. Sejak arituh masa-masa terluang dia diisi dengan memerhatikan Azuan dari jarak jauh. Bahkan ketika belajar pun dia sering menjeling untuk melihat Azuan.
…………………………………………………………………
PERALATAN alat tulis bersepah diatas meja. Sekejap ditolak ke kiri,sekejap ke kanan. Kemudian dimasukkan semula kedalam pensil box dan ditolak ke tepi meja. Tangan nya kini mencapai beg biru dan dihempas ke atas meja. Digeledahnya satu persatu isi yang ada dengan harapan benda yang dicari dapat ditemui. Aneh !! apa yang dicari masih belum ditemui. “Mana pergi benda nie. Baru lima minit aku guna akan dah hilang” keluhan berat didengarnya.
Sepasang mata yang tajam ditujah kearah sekujur tubuh yang berada dihadapannya, “nie mesti keje budak seekor nie!!” langkah dihalakan ke susuk badan tersebut.
“weyh Daniel !! mana pen biru dan pensil mekanikal aku ??” tanya Roha dengan penuh tegas. Daniel hanya mendiamkan diri sambil menjeling kepada Roha. Dibiarkan soalan itu berlalu tanpa jawapan. Roha geram. Dia terus merentap pensil box jejakia itu dan terus mengeluarkan alat tulis yang dimaksudkan.
“apa nie ?? suka hati kau je nk rentap-rentap barang orang. Kalau koyak siapa yang nak belikan ?? pastilah bukan kau. Kau dah lah minah kedekut !!” Daniel bersuara dan terus mengambil semula pensil box nya. Roha mendidih. Dia terus bla sambil menjelir lidah kepada Daniel dengan mata yang juling. Daniel terus gelak terbahak-bahak gan reaksi muka Roha itu.
“apa nie bising-bising?? Korang nie kalau sehari tak bergaduh tak boleh kan ?? tak penat ke mulut korang tuh??” Salina bersuara. Entah dari mana dia muncul tiba-tiba je mencelah.
“tak pe. Kalau nak senang,kita bawa je dieorng nie jumpa tok kadi. Tak de lah kita jadi mangsa, kan ??” Kamal tetiba muncul bagaikan magis. Jejaka yang berbadan rendah itu mengenyitkan sebelah mata kearah Salina. Mereka berdua tersenyum sinis. Puas hati mereka dapat mengenakan kawan sendiri.
Roha geram. Dia hanya mampu mengetap bibirnya menahan geram yang membara. Dia membuang pandang ke luar tingkap. Mulanya hanya ingin meredakan geram, tapi ………..
Terpegun sungguh apabila melihat senyuman Azuan. Terkesima apabila menyedari bahawa mereka saling berpandangan. Cair hatinya. Terus hilang rasa kemarahan yang begitu membara tadi. Dia mengukir senyuman. Kelihatan Azuan melambai-lambai kearah nya.
Salina yang terperasan dengan perubahan mendadak Roha terus menyiku Aidil dan menepuk bahu Daniel lalu memuncungkan mulut kearah Roha. Serentak Aidil dan Daniel memandang Roha.
“woi Roha !! kau tengok siapa tuh sampai tersenyum sorang-sorang ??”tegur Aidil. Sejurus itu,Daniel bangun dari posisinya dan terus memandang ke bangunan ke sebelah.
“ouhh !! tengok budak otai rupanya.” Daniel bersuara. Roha merenung Daniel lama. Daniel terkebil-kebil apabila berlawan mata dengan Roha.
“Daniel .. kau leyh tolong aku tak ?? minta kan nombor telefon budak otai uh. Boleh kan ?? kau kan baik.” rayu Roha dengan nada manja. Terasa kejut tangkai hati Daniel. Tak sangka perempuan yang amat disenangi dia tuh meminta nombor telefon lelaki lain. Sangkanya Roha akan memarahinya. Namun, dia masih tak lupa akn statusnya yang dianggap sebagai teman biasa.
“sudah-sudah !! kalau ia pon tak payah nak manja-manja dengan aku. Geli pulak bulu ketiak aku dengar.” Mereka lantas ketawa apabila Daniel menghabiskan kata-katanya. Sesungguhnya Daniela mengakui yang dia amat cemburu. Mana tidaknya, sang gadis yang amat dia cintai dan sukai kini sudah jatuh hati dengan orang lain. Dimintanya pula nombor telefon.
“boleh tak ??” Roha masih ingin kan kepastian.
“yelah. Nanti aku mintakan dalam bas. Nasib kau baik sebab aku satu bas dengan dia.” Daniel bersetuju.
“yeayyhh !! thank you Daniel !! that’s why aku sayang kau, hahahah .“ tawa Roha kedengaran sungguh riang. Terasa mahu sahaja dia memeluk Daniel time tuh. Namun, dia masih tak lupa pada ilmu yang dia peroleh sewaktu dia bersekolah agama dulu.
“CIKGU MAZNAH !! saya tumpng letak buku kemahiran hidup nie kejap ye,cikgu?” tanya Roha kepada seorang perempuan yang berstatus guru kemahiran hidup. Cikgu yang sedang sibuk dibilik kemahiran hidup itu hanya mengangguk tanda kebenaran. Sejurus Roha dan Salina meletakkan buku diatas meja yang telah tersedia tuh. Mereka keluar dan terus menuju ke surau untuk menunaikan solat zuhur bersama-sama pelajar tingkatan satu yang lain.
Usai sahaja solat zuhur, mereka bersurai ke kelas masing-masing. Murid kelas Satu Berlian atau lebih tepat sekali kelas Roha ditempatkan bergerak ke bengkel kemahiran hidup. Roha dan Salina berjalan agak lambat kerana mereka suka melambat-lambatkan sesi pembelajaran. Sebaik sahaja mereka melangkah ke dalam bengkel,mereka menjadi panik. Kenapa ??
“ wei !! kau de Nampak buku KH aku tak ?? tadi sebelum pergi solat aku letak dekat sini.” tanya Roha kepada seorang rakannya, Intan. Intan hanya menggeleng menandakan dia tidak tahu. Roha mulai rasa tidak senang hati. Dia mula membuat pusingan di bengkel tuk mencari bukunya. Masih tidak dijumpai. Roha berang. Dia berjalan menuju kea rah cikgu, nasib baik Cikgu Maznah belum mula mengajar.
“cikgu boleh saya tanya. Cikgu ada Nampak buku KH saya tak.” dua soalan sekaligus diajukan kepada wanita itu, seperti dialah pesalahnya.
“saya tak perasan pula sape yang amik buku awk. Mungkin pelajar Satu KA ( kelas agama) agaknya kerana tadi ada pelajar kelas itu datang mengambil buku mereka. Mungkin mereka tersalah amik. Tak apalah awk amik pas keluar kelas nie dan pergi amik buku awk.” Puan Maznah menghulurkan pas kebenaran keluar kepada Roha. Roha menarik tangan Suraya sebagai tanda dia memerlukan Suraya tuk menemaninya.
Sebaik keluar dari bengkel kemahiran hidup, Roha dapat menangkap kelibat Azuan dengan begitu pantas. Kelihatan Azuan dan rakan sekelasnya menuju ke bengkel kerja kayu bersebelahan dengan bengkel dimana kelasnya ditempatkan. Jantungnya berdengup laju mengalahkan kereta formula one. Roha dan Suraya terus berjalan menuju ke bangunan dihadapan mereka tanpa sedikit pon memandang kearah Azuan dan kawan-kawannya.
“hye awk berdua. Nak pergi mana ??” tanya salah seorang dari mereka. Tapi yang pasti bukan ditanya oleh Azuan. Roha dan Suraya hanya membisu. Tiada benda yang perlu dijawab rasanya. Roha memandang lelaki itu lalu berkalih kepada Azuan. Azuan hanya tersenyum. Auuwwww !! senyuman itulah yang membuat nya berdebar tiada penamat.
“awak, awak pernah kena cium?? Pernah tak ??” roha dan Suraya terpana apabila soalan itu diajukan. Mereka saling berpandangan. Sekali lagi Azuan hanya tersenyum dengan pertanyaan kawannya itu. ‘ fuhhh !! de ke patut kita ditanya soalan seperti itu. Tak boleh berfikiran waras agaknya. Umur baru setahun jagung, de hati nak tanya soalan macam tuh.’ Rungut Roha. Pelajar laki tadi yang berbadan gempal dijeling Roha tanda tidak puas hati dengan soalan yang diajukan. Roha dan Suraya cepat meninggalkan mereka tanpa sedikit layanan mahupun senyuman.
Roha dan Suraya mendaki tangga dengan penuh sabar. Mendaki tangga ke kelas yang berada di tingkat tiga membuatkan kaki mereka terasa longgar. Mereka menarik nafas selega leganya. Roha segera menyengah mencari buku yang dimaksudkan. Dicapai dua biji buku yang berada diatas meja temannya lalu dipastikan namanya. Roha Adira binti Ismail. Sudah terang lagi disuluh,memang itulah bukunya. Pasti de pelajar yang terambil.
Suraya menarik bahu Roha dengan tujuan Roha memandang kearah yang dimaksudkan. Roha tersentak. Dia kini sedang memandang Azuan di bengkel yang berhadapan dengan bangunan yang dia berada. Mereka saling berpandangan.
“kau tahu tak?? Tadi masa kau jumpa buku kau tuh, aku terperasan dia tengah tengok kita. Kau tak takut ke kalau dia dah dapat cam budak yang dia lambai selama nie ??” sambil menyelam minum air. Alang-alang dah berhujah, Suraya bertanya sekali.
“itulah yang tengah ligat aku fikir kan. Aku rasa dia dah tahu kot. Habis, tiada lagi lah lambaian tuk aku lepas nie??” Roha cemas. Berharap sungguh dia lambaian dari seorang kekasih gelapnya, Mohd Azuan Naim. Mereka menuruni tangga dengan panats dan berhati-hati dengan harapan tidak ketinggalan akan sesi pembelajaran. Soalan yang diajukan tadi dibiarkan tanpa jawapan.
Azuan ligat memerhatikan dua gadis yang sedang berjalan dihadapannya. Dia mengamati wajah kedua-duanya. Berharap dapat mengecam wajah salah seorang daripadanya. Tapi hampa. Yang seorang tinggi,yang seorang rendah. Dia tertawa sendiri. Tapi tak terluah.
……………………………………………………………………………………………………………………….
Sudah banyak kerja sekolahnya yang tertangguh. Dia bertekad mengurung dirinya di dalam bilik semata-mata ingin menyiapkan kerja sekolahnya. Roha menyiarap diatas katil dengan beralaskan bantal di dada. Dihadapan nya tersedia beberapa buah buku. Pen biru ditangan nya memainkan peranan. Sesekali terasa lenguh. Namun masih ada niat tuk meneruskan. Sudah beberapa kali matanya mengerling kearah telefon berjenama Nokia N77 yang berada disebelahnya.
Tiba-tiba telefon tuh bergetar menandakan ada mesej masuk. Dicapai telefon bimbit itu dan dilihat nama yang tertera di skrin, Daniel.
“Roha .. nie nombor Juan .. 0177986543..” ringkas aje mesej nye
“ouhh .. thanx Daniel .. “balas Roha
Roha tersenyum lebar. Gembira teramat sangat. Nombor yang diberikan Daniel tadi disimpan di dalam buku kenalannya.  Hanya satu terlintas difikirannya. ‘Aku nak kacau dia lah.’ Punat ditekan dengan pantas. Seolah-olah sudah lali dengan nombor tersebut. Nombor tadi didail tanpa rasa gementar. Setelah talian disambungkan, gementar dating dengan penuh dashyat sekali.
‘tuttt .. tuttt ..’
“hello.” Satu suara memecahkan gementar nya yang dahsyat tadi.
“hello. Boleh saya tau nie sape ??balas Roha dengan getar. Aduhaii !! bukan kah sepatutnya dia yang tanya cam tuh kat aku. Huhuhu . Detik Roha.
“saya Azuan. De pe ya dan nie sape ??” wahh !! romantiknya suara dia, patutlah Faeqa cair. Hehe. Sekali lagi terdetik dihati. Ligat dia berfikir nama apa yang nak diberitahu. Kalau beri nama sebenar takut nanti dia cari pula.
“saya Dayana. Tujuan saya telefon nie nak berkenalan dengan awk, boleh ??” Tiada rasa malu singgah dihati. Selamba. Hilang seleranya terhadap kerja sekolah. Buku pun terasa tak ingin dipandang. Tangan nya kini ligat menggentel rambutnya.
“Dayana ?? sedap nama nya tuh. Awak bersekolah dimana?? Dan dari sape awk pat nombor telefon saya ??” Azuan bertanya penuh keinginan. ‘Pandai pula dia bermain kata’.
“hahahaha .. really?? Saya bersekolah di Sekolah Menengah Pas .. eh, Sekolah Menengah Taman Pasir Putih. Saya dapat nombor awak dari seorang kawan saya,alah !! awak tak kenal kawan saya tuh.”dalihnya. Hampir saje Roha terberitahu tempat belajar sebenar dia, Sekolah Menengah Pasir Gudang. Azuan mengganguk tanpa diketahui. Roha puas hati dengan penyamaran nya. Niatnya hanyalah ingin menyelami kehidupan jejaka yang melambainya dengan lebih dalam. Dia benar-benar tidak berniat nak mengganggu hubungan Azuan dan Faeqa.
“ermmm. Awak rasa makwe awak marah tak kalau de perempuan kacau awak??” Roha menginginkan kepastian. Manalah tahu perang dua ketiga bakal terjadi bila sahaja Faeqa dapat tahu pasal Roha. Perempuan mana yang tak cemburu bila perempuan lain menganggu sang buah hatinya.
“saya rasa dia tak marah jika tak ada yang buat cerita. Awek saya tuh baik orangnya.” Jawab Azuan
Belum sempat Roha berkata-kata,Azuan dah menyambung ayatnya “ermm, okaelah Dayana,Juan de kerja sikit nie. Nanti kite contact lagi okae ?? bye !!” soalan yang diajukan tidak dijawab dan talian terus terputus. Roha mencebik.
Ouh !! dia nie betul ke Faeqa tuh baik?? Aku tengok sombong je. Roha mengimbas kembali kejadian yang berlaku tempoh hari.
ROHA terus menoleh apabila dia terasa kebas pada bahu kanannya. Dia memandang seraut wajah gadis yang berkaca mata berbingkai hitam di sisinya. Faeqa ?? Roha mengukir senyum secara tiba-tiba. Terasa bersalah jika tak menghadiahkan senyum pada gadis itu.
“hey !! laen kali jalan tuh guna mata. Kau fikir nie jalan ayah kau,ikut suka je nak langgar orang !!” tengking Faeqa. Teman-temannya hanya memerhatikan sambil tersenyum sinis. Senyum yang tadi manis bertukar hambar dan semakin hambar. Kelihatan Faeqa menepuk bahunya, seolah-olah pelanggaran tadi telah menyebabkan bajunya kotor dan berdebu. Mereka berlalu tanpa meminta maaf.
Huh !! nie ke makwe Azuan yang dibanggakan sangat tuh?? Buruk benar perangainya. Rupanya Azuan bertuah dalam malang.
“Roha !! itu makwe Azuan right?? Harapkan muka je lawa, tapi perangai teruknya. Tahulah barang sekolah dia berjenama. Bukan kah dia yang langgar kita tadi??” rungut gadis kecik molek itu.
“biarlah Su, mungkin tuh cara dia meminta maaf gan cara baik.”
“kau nie mudah sgt memaafkan orang. Entah-entah kalau dah kena kelentong gan jantan pun,senang je kau maafkan.” marah pula dia gan jawapan Roha. Sesungguh nya gadis itu terlalu baik.
DERINGAN yang menandakan mesej masuk telah menghentikan lamunan Roha. Siapa pula yang mesej malam-malam nie. Aduhaii !! malas pula nak tengok. Lambat-lambat Roha menyambar telefon bimbit yang berada disisinya. Skrin telefon ditatap dengan penuh persoalan.
‘Azuan’. Nama itu yang terpampang pada skrin. Senyum terukir dengan sendirinya. Lantas jarinya laju menekan pad kekunci.
‘Dayana sorrylah. Tadi saya ada kerja sedikit,tolong abah saya. Ouhh ye awak duduk dimana ye ?? Juan rasa kita mesej jelah. Lagipun nanti habis pula kredit awak.’ Setiap patah perkataan diulit satu persatu. Roha berasa teruja kerana dilayan dengan baik.
‘tak apa,saya tak kisah pun. Juan tolong abah ?? tolong apa ?? Yana duduk diatas kerusilah. Nape ?? Juan duduk diatas meja ye ?? hehee.’ Roha tahu maksud ‘duduk’ yang dinyatakan adalah tempat tinggal. Sengaja dia bergurau,sekadar mengusik. Punat ‘send’ ditekan. Beberapa minit kemudian,dia menerima satu mesej. Terus dicapai telefon bimbit tuh.
‘Memanglah duduk diatas kerusi. Ada pula yang duduk diatas meja. Yana tinggal dimana?? Tuh lah maksud Juan. Aduhaaii ….’ Roha ketawa sendirian. Berjaya jugak dia mengenakan Juan.
‘Hehehe,Yana tinggal di Taman Aruan. Maaflah Juan, Yana bergurau saje tadi. Juan pula tinggal dimana ??’ giliran Roha pula bertanya.
‘Juan tinggal di bumi lah. Hehhe.’ Roha mengetus geram sejurus baca ayat yang ringkas tuh. Mungkin balasan mengusik Azuan. Roha mengelamun. Teringat akan senyuman Azuan yang amat menggoda hati gadisnya. Bibir lelakinya yang seksi ditambah pula dengan lesung pipitnya yang kecil yang makin melihatkan kematangan wajahnya. Roha tersenyum pabila dapat membayangkan seraut wajah tampan itu dilayar kosong pada dinding yang dicat ungu cair itu. Sepasang mata yang dari tadi memerhatikan nya tidak diendah. Angau agaknya adik aku nie !! teka Ishma Ameera.

Malam jadi siang
Siang jadi malam
Tidur ku pun tak bisa tenang
Bila sedang jatuh cinta
Semua terasa indah
Aku tergila-gila …

Lagu yang dinyanyikan seorang artis dari seberang tanah air dan adalah penyanyi kegemaran Roha terngiang-ngiang di corong telinganya. Sungguh kena lagu itu padaku. Fikirnya.
“Hello !! sape nie ??” kasar suaranya apabila menjawab panggilan yang telah menghentikan lamunan nya tadi. Kerana nafsu amarahnya itulah dia terus menekan punat ‘jawab’ tanpa melihat gerangan yang menelefonnya tanpa diundang.
“hey !! Yana, nie Azuan lah. Kenapa marah-marah nie ?? kenapa tak balas mesej Juan tadi??” Roha terkejut apabila nama Azuan disebut. Terpaku seketika. Pertanyaan yang diajukan tadi dibiarkan tanpa jawapan gara-gara terfikir adakah benar itu suara Azuan. Suara yang didengar tadi diulang di kotak fikirannya. Benarlah itu suara Azuan. Sungguh romantik suaranya.
“hey !! hello. Ada orang tak ??”
“errr .. a .. da .. “ perasaan terkejut masih tersisa.
“kenapa marah-marah tadi ?? kenapa tak balas mesej Juan ?? dah setengah jam Juan tunggu tau tak !!” marah nya tiba-tiba. Setengah jam ?? benarkah ?? Roha memandang Ishma lalu bertanya padanya dengan menggunakan isyarat mulut.
“Dah pukul sebelah setengah malam.” Jawabnya ringkas lalu meneruskan kerja sekolah.
“Maaflah, errrr .. tadi, Ro ,, eh tadi Yana tengah bad mood dengan kawan Yana. Ingatkan dia yang call tadi.” Mujur dia dapat membuat alasan. Cuak jugak bila terlepas ayat ‘Ro’. Ishma pula membuntang apabila mendengar adiknya membahasakan dirinya Yana.
“habis kenapa tak balas mesej Juan ?? setengah jam tuh lama tau tak ??” marah Azuan kedengaran manja. Roha tediam. Kali nie dia tak tahu nak memberi alasan apa. Kedua-duanya berdengus kecil.
“Errr ,, Yana nak jadi adik angkat Juan tak ??”satu soalan diajukan kepada Roha secara tiba-tiba. Kedengaran suaranya menurun sedikit.
“Nak !!”jawabnya ringkas. Gembira rasanya apabila ditawarkan sebegitu rupa oleh orang yang dia senangi.
“Bila agaknya tarikh rasmi??”
“Mestilah hari nie. Akan tahun depan pula,”tawanya kedengaran dicorong telinga Roha. Roha turut melepaskan tawanya yang tak tertahan lagi. Tiba-tiba, terfikir dia sejenak apa akan berlaku jika jejaka itu tahu siapa sebenarnya dia. Terdiam seketika.  Tiada lagi suara yang kedengaran dari corong pembesar  suara telefon ynag dipengang Roha.
“hello,adik. Eish, adik Juan yang sorang nie suka benar mengelamun,” usik Azuan.
“yelah abangku. Sorrylah, tadi Cuma teringat masalah kawan sekejap,” Roha cuba memujuk.
“ouhh, masalah kawan ye. Yana .. tuuttt .. tutt ..”talian terputus sebelum sempat Azuan meletakkan penamat ayatnya. Roha berdengus. Telefon bimbit dicampak diatas katil.
…………………………………………………………………………………………………………………………………..
*kringggggg kringgggg*
Loceng tamat sekolah berbunyi. Roha tersentap. Azuan dan kawan-kawan dia sedang menghala kearah dia sambil tersenyum. Tiba-tiba Roha teringat kejadian semalam. Kerana malu sendiri dia terus letak telefon. Dia takut Azuan akan tahu siapa dia sebenar.
“tuttt .. tuttt .. tuttt ..”Azuan cuba menelefon Yana tapi tak berangkat. Azuan hampa. Azuan cuba dan cuba dan cuba lagi. Tapi tetap hampa dan kecewa.
“hello. Yana pergi mana ?? penat abang call. Yana marah kata bang ke??” tanya Azuan
“eh tak lah. Yana tak marah pun dengan abang. Yana baru je habis sekolah.” Jawap Yana.
“ouhhh. Abang igt Yana marah gan abang. Abang tak tahu nape abang rasa hapie sgt sejak kenal Yana.” luah Azuan.
“eish abang nie merepek je.”Yana berdalih.
“erm.Yana leyh tak kalau kita berjumpa ??” kata Azuan
“jumpa ?? eerrr .. Yana rasa sekarang bukan masanya kot. Yana malu lah nk jumpa abang.Nanti kalau Yana dah bersedia kita jumpa okae??” Yana memberi alasan. Yana gelisah dan resah kerana risau rahsianya akan terbongkar.
ROHA hanya terdiam sahaja harinie. Dia selalu memikirkan Azuan. Sungguh dia sudah jatuh cinta tapi dia takut jika rahsia nya terbongkar. Dia risau jika Azuan tak nak contact dan jadi abang angkatnya lagi jika tahu hal sebenar. Kini Azuan sering ajak berjumpa,membuatkan dirinya makin tak keruan. Dan semenjak dua menjak nie dia sering bertembung mata dengan Azuan.
“Roha !! hari sabtu nie ada gotong royong. Kau datang tak ??” sapa Salina.
“eh .. gotong-royong ?? mestilah pergi. Aku kan bersemangat kekitaran hehe.” jawap Roha
“okae set !! eh jom lah masuk kelas dah habis rehat nie.” ajak Salina.
‘Semua pelajar kumpul ikut kelas masing-masing. Kejap lagi cikgu akan edarkan 2 plastik sampah setiap kelas. Dan tugas-tugas pun cikgu dah berikan. Jadi bersihkan kawasan yang cikgu dah aturkan.’
Semua pelajar beredar ke kawasan masing-masing dan memulakan kerja masing-masing. Ada yang menyapu sampah, mengecat, bersihkan longkang dan sebagainya.
“eh .. Roha !! dari tadi aku gok Azuan tuh cam asyik call orang je. Nak kata call Faeqa tapi Faeqa tak pegang phone. Musykil aku. Haha”  Suraya bersuara.
Pada ketika itu berbunyi telefon bimbit Roha. Sebenarnya Azuan menelefon Roha. Roha resah. Roha takut rahsianya akan diketahui Azuan.
“ouhhh yeke ?? tak perasan lak aku. Biarlah mungkin dia menelefon orang lain. Kita tak payah nak sibuk lah hal dia. Jom habiskan kerja nie. Banyak lagi ha.” balas Roha.
Sedang-sedang Azuan menelefon Yana. Tanpa disedari Azuan sudah berada berhampiran Roha dan tanpa disedari Roha terus menjawap panggilan tanpa melihat siapa gerangan nya.
“hello Yana !! kenapa susah nak angkat call abang ??” tanya Azuan
“hello abang. Yana sedang ada gotong-royong sekolah nie.” jawap Dayana
Dan mereka berpandangan sesama sendiri. Roha cuak. Azuan terkesima. Rupa-rupanya adik angkat selama nie die sayang adalah junior sekolah nya sendiri. Azuan berasa dirinya ditipu dan dirinya dipermainkan. Roha tersentap dan terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Ini lah saat yang dia takut sangat akan berlaku. Tapi kini sudah pun berlaku. Dan sedang berlaku. Tanpa sebarang kata,Azuan terus mematikan phone dan beredar dari situ. Roha terduduk.
Azuan pulang dengan hati yang cukup membara. Azuan terasa dirinya benar-benar dipermainkan. Roha berupaya call dan mesej Azuan tanpa henti ingin memohon maaf. Dan menjelaskan perkara sebenar tapi ternyata Azuan begitu marah. Roha sedih. Kini sudah tiada lambaian tingkap untuknya dan panggilan abang adik di telefon untuknya.
“Azuan !! Roha nak minta maaf. Roha tak berniat nak mempermainkan Juan. Roha just nak kawan gan Juan. Tapi Roha takut. That’s why Roha menyamar jadi Dayana. Maafkan Roha, Juan.” Roha merayu.
“Apa awak ingat saya nie tak perasaan. Suka hati awak je mainkan perasaan saya. Saya dah mula sayang kan Dayana tapi selama nie saya sayangkan Roha. Apa benda nie sume ?? dah lah pergi dari hidup saya. Awak tak layak berkawan gan saya. Perempuan penipu !!”tengking Juan
Roha begitu sedih dan tak pat terima kenyataan yang kini Juan amat benci pada dia. Roha terus berlari keluar sekolah dan …. *dushh*
Roha terlentang di atas jalan raya gan badan nya dipenuhi darah. Kepala Roha terhentak pada batu ditepi jalan. Roha dikejarkan ke hospital segera mungkin tapi …
“Allah lebih sayang kan dia Juan. Juan kena kuat. Mungkin nie takdir dia. Kita yang hidup nie hanya mampu sedekah al-fatihah dan doa tuk dia.” Kata Pn.Zainab, mak kepada Juan.
“tapi ma. Disebabkan Juan, Roha meninggal ma. Kalau Juan tak maki dia mungkin sume nie tak terjadi ma. Juan bersalah sangat ma. Juan pembunuh ma !! pembunuh !!” jawap Juan dalam esakan.
“Bukan cam tuh nak. Ini sume takdir Illahi. Jangan dikesali pe yang dah terjadi. Mak cik pun cuba menerima hakikat dan makcik tak pernah dan tak akan salah kan Juan gan pe yang terjadi. Makcik redha nak.” sayu Pn.Lizi,mak Roha.
“sudah lah tuh. Ayuh kita pulang. Moga-moga roh Roha dicucuri rahmat hendak-Nya.” kata ketua kampong.
“maafkan Juan, Roha. Juan terlalu emosi. Maafkan Juan. Juan janji akan melawat Roha hari-hari. Tenteram lah kau disana Roha.” Rintih Azuan

ROHA ADIRA BT ISMAIL. Nama yang akan selalu tersemat dihati Azuan. 

Sunday, June 23, 2013

R.I.N.D.U

assalammualaikum ..

lme nye tak update ,, maklum laa smnjk jd stdnt mmg tak sempat nk buka blog nie ,, nie pon bru terigt yg aku ada blog ,, if tak dah nk kawen nnt bru ada update terbaru kot hehee alhamdulillah pd tarikh 10.4.2013 aku telah pon mnghabiskan zaman diploma aku ,, yeayhh !! 3 taun di segamat ,, now i'm at senwng ,, home sweet home ,, tp now dlm pale dh kne fikir laen pulak ,, if dlu juz fikir blaja blaja blaja n blaja ,, tp now kne fikir cri duit pulak ,, tp aku nie gak kemlsn yg thp giga nk keje ,, hahaha

if we talking about "rindu" terlalu byk yg kite nk kongsi ,, rindu nie adlh anugerah terindh Allah pd setiap hambaNya ,, rinduu ada pelbgai situasi ,, tp percya laa ,, kite mmg tak kn penah lepas dri erti rinduu ,, ari ari kite psti akn rinduu ,, rinduu pada kawan ,, rinduu pd fmly ,, rinduu pd kekasih ,, rinduu pada masa lampau ,, masa lampau ?? kite tak kan boleh kembali kan mse yg dh berlalu ,, masa lampau adlh bnde yg pling jauh gan hdup kite ,, manusia sering minx agar masa leyh brpatah balik tp jika masa leyh berpth semula ,, tiada pe yg dpt dipelajari oleh manusia ,, tiada apa erti kehidupan nie jika sume nye sempurna ,,

hati sering rinduu ,, sbnrnye tanpa kite sedri tiap tiap hari hati xpenah lepas dri perasaan rindu ,, mulut sering bercerita kisah lama ,, mata sering mengimbau kisah lampau ,, telinga sering mndgr bisikan yg hilang bartaun taun dlu ,, itu laa yg aku rasa saat nie n setrusnye ,, hati sering rinduu ,, rinduu yg terlalu byk pada telalu byk bnde ,, kdgkdg kite hapie krena kite nk hidup kite bermkna n tak nak rasa hidup nie tiada erti ,, tp xde spe phm ,, mreka hnye tau diri mreka ,, sume org berbeza ,, krena perbezaan itu sptut nye msing msing harus memikirkan erti "be a good person to a good people and be a bad person to who betray you" ,, tp kebykkn nye hnye tau erti "selfish" ,, rinduu pd zaman knk knk ,, tiada mslh ,, tiada kekecewaan ,, tiada tngisan sia sia ,, dan tiada perasaan sakit hati ,, feel free ,, !!!

rinduu tuh pd hati ,, hati itu ada dlm bdn ,, tak nmpk ,, tak dpt disentuh ,, tak dpt dilihat ,, tp ia leyh rasa ,,
jagalah hati ,, !!

salam rindu :)

Sunday, January 27, 2013

..................

assalammualaikum ..

erm dh lme gler xupdate kan ,, maklum lah bz melampau ,, tambah tambah lagi tenet xde ,, nie pon pnjm jiran tetngga ,, haha act xde bnde pun nk tulis tp aku nk gak tulis ,, yelah smnjk dua mnjk 3 mnjk nie aku sering typo ,, so aku nk base an jari jemari 20 aku nie menaip tnpa typo lagi ,, #ceh

now aku dh part 6 ,, yeaayhh !! DIA last sem insyaAllah ,, aku mmg tak sbr nk abiz ,, mmg byk sgt aku delima act ,, yelah aku mmg tak sbr nk abiz kan dip nie tp wktu yg sme aku syg nk tggl kan sume yg aku lalui at cnie ,, trutama nye kwn kwn aku ,, dieorg sume mmg the best ! sush seng aku gan dieorg ,, dh byk sgt yg kami lalui spnjg hidup di Kampus Alam Semula Jadi nie ,, "UNA , SER , SASAB , KIKI , TETI, MIMI , WANIE, MOJO , EJOT , FIFFY dan yg laen laen ,, walaupon msing msing ada sikap yg kdgkdg wat hati terguris tp mreka mmg yg terbaek ,, mmg berat hati nak tggl kan sume nie ,, yelah nnt dh dgree myb msing msing xkn jmpe lagi ,, lebih lebih lgi aku yg jauh nie ,, haha cntct pon myb jrg dh nnt ,, erm 

pejam celik pejam celik ,, dh 3 taun aku at cnie ,, dan hnye tggl 3 month jelah aku akn tggl kan sgla nye yg penah aku lalui di sini ,, UiTM Segamat ! ye tuh lah tmpat yg byk mngjar aku erti pershbtn , erti berdikari , erti sakit hati , erti penting kan diri , erti kekecewaan , erti kepenatan , erti kasih, erti cinta dan erti makan haha #merepek setiap yg blaku at cnie aku tempuh gan kwn kwn aku ,, mmg kdgkdg aku hrus tempuh sndri tp mreka pasti ada di sisi aku :D 


* UiTM Segamat akan sntisa tersemat dihati aku ,, The Dormers & JAC1101A , JAC1102E , JAC1103F , JAC1104D , JAC1105C & JAC1106C i luv u all *

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...